Siri Programmer Cilik

Siri Programmer Cilik adalah satu set buku yang ditulis untuk mendedahkan kanak-kanak tentang konsep pengaturcaraan komputer.  Buku ini sesuai dimiliki oleh kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun.
Judul Buku
Tentang Buku
Muat Turun
Harga Senaskah
Membina Laman Web Peribadi
Kulit buku
Buku ini adalah berkenaan dengan cara membina laman web. Kanak-kanak belajar membina laman web menggunakan perisian Netscape Composer.  Perisian ini boleh didapati secara percuma di tapak web http://www.netscape.com.

Buku ini amat sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak dan pelajar cara membina laman web peribadi.  Jika anda perlukan buku untuk mengajar kanak-kanak cara membina laman web, buku ini adalah pilihan yang tepat.  Buku ini juga sesuai digunakan untuk kelab komputer sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah).

 
Grafik
RM8.00
Membina Game Menggunakan Klik & Play
Kulit buku

Kanak-kanak membina game mereka sendiri menggunakan perisian Klik & Play.  Mereka tidak lagi membuang masa bermain permainan komputer yang tidak berfaedah, kerana kini mereka akan belajar konsep pengaturcaraan sambil bergembira.  Perisian Klik & Play boleh dimuat turun dari tapak web http://www.clickteam.com dan http://www.europress.co.uk.

Buku ini amat sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak dan pelajar membina permainan komputer.  Jika anda perlukan buku untuk mengajar kanak-kanak cara membuat game, buku ini adalah pilihan yang tepat.  Untuk pengetahuan anda, inilah satu-satunya buku dalam bahasa melayu yang mengajar cara membuat permainan komputer.  Mungkin anda sendiripun ingin tahu cara mudah untuk membuat permainan komputer.  Buku ini juga sesuai digunakan untuk kelab komputer sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah).

RM8.00
Konsep Pengaturcaraan Menggunakan LOGO
Kulit depan buku.
Belajar mengaturcara (programming) menggunakan perisian khas untuk mendidik kanak-kanak membuat aturcara iaitu LOGO.  Dengan LOGO, kanak-kanak dapat mengawal robot turtle atau pepenyu untuk melakukan pelbagai aksi.  LOGO adalah bahasa pengaturcara berasaskan LISP.  Dapatkan perisian Windows LOGO dari tapak web http://www.softronix.com.

Jika anda perlukan buku untuk mengajar kanak-kanak teknik asas pengaturcaraan,  buku ini adalah pilihan yang tepat.  Buku ini juga sesuai digunakan untuk kelab komputer sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3).  Anda juga boleh belajar asas pengaturcaraan menggunakan buku ini.  Jika anda ingin belajar cara pengaturcaraan dengan lebih mendalam, dapatkan buku Pengaturcaraan Menggunakan BASIC, Pengaturcaraan Menggunakan C dan Pengaturcaraan Menggunakan C++ oleh pengarang yang sama.

RM8.00
Animasi Menggunakan Animation Shop
Kulit buku
Belajar animasi menggunakan perisian Animation Shop dari Jasc software.  Kanak-kanak akan dapat membina animasi untuk dipaparkan di dalam laman web.  Mereka juga akan dapat membina cerita kartun mereka sendiri menggunakan buku ini.  Dapatkan perisian Animation Shop dari http://www.jasc.com.

Buku ini amat sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak dan pelajar cara membina animasi iaitu gambar bergerak..  Jika anda perlukan buku untuk mengajar kanak-kanak cara membina animasi dan cerita kartun, buku ini adalah pilihan yang tepat.  Buku ini juga sesuai digunakan untuk kelab komputer sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah).
Animasi1
Animasi2
Animasi3


RM8.00
Persembahan Multimedia Menggunakan Neobook
Kulit depan buku
Belajar membina persembahan multimedia menggunakan Neobook.  Persembahan yang dihasilkan adalah perisian bermutu tinggi yang boleh dipaparkan dalam laman web atau secara boleh laku (fail exe).  Dapatkan perisian Neobook dari tapak web http://www.neosoftware.com.

Buku ini amat sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak dan pelajar cara membina persembahan multimedia.  Anda juga dapat meminta bantuan pelajar untuk membina persembahan multimedia yang sesuai dengan topik pengajaran di dalam kelas.

Jika anda perlukan buku untuk mengajar kanak-kanak cara membina persembahan multimedia, buku ini adalah pilihan yang tepat.  Buku ini juga sesuai digunakan untuk kelab komputer sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah).
Ikan
Ikan berenang
RM8.00

Dapatkan semua buku dalam set.  Hubungi abangis@yahoo.com untuk memesan buku melalui Internet.  Pengarang mengalu-alukan komen serta cadangan dari anda.  

1